Tuesday, January 29, 2013


KEMBALINYA SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR KE RAHMATULLAH



Suatu perkongsian yang menyayat hati, namun sangat menginsafkan.  Saya terbaca mengenai kisah ini di laman blog Mazeer Mohamad.  Walau tidak berpeluang mengenali Siti Hajar sewaktu hayatnya, saya terpanggil untuk turut berkongsi mengenainya di sini.  Moga ia menjadi renungan serta iktibar buat kita yang masih meniti perjalanan ke alam sana.  Al Fatihah buat Siti Hajar.  Moga rohnya tenang dan dicucuri rahmat ALLAH serta ditempatkan di kalangan para sadiqin.  Moga keluarganya diberi kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi hari-hari tanpanya di sisi.

Perkongsian ini merupakan antara permintaan terakhir allahyarhamah kepada ibunya sebelum beliau pergi buat selama-lamanya....agar kisahnya dapat dimanfaat oleh ramai yang lain sebagai ganti dakwahnya yang tidak sempat disampaikan.

Beginilah kisah Siti Hajar seperti yang diceritakan sendiri oleh ibunya.

6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan. Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar.

Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”

Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.

“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa?

Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempoh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? JawapannyaTIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya




SITI HAJAR

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Wednesday, August 3, 2011

Indahnya Doa Dhuha




"Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada 
hamba-hamba-Mu yang soleh"

Wednesday, June 1, 2011

Kelebihan Surah Yasin - Pengertian Setiap Ayat



Yang berikut telah dikongsi oleh sahabat saya Rozelina.  Saya kongsi pula di sini supaya dapat dimanfaatkan oleh yang lain.  Sesungguhnya ilmu adalah "nur".  InsyaALLAH.

Ø Ayat 1  - 9 - Untuk keselamatan diri 

Ø 
Ayat 9      - Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir. 

Ø 
Ayat 12     - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap 
                      ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat. 

Ø 
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 

Ø 
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak. 

Ø 
Ayat 29     - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan 
                      kejahatan mulut. 

Ø 
Ayat 29     - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya 
               kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang 
               tsbt. 
Ø 
Ayat 30     - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah 
               s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya). 

Ø 
Ayat 32     - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... 
                     Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad,Kita orang   
                      Islam dll. 
Ø 
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur. 

Ø 
Ayat 36     - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian didunia ini dijadikan berpasang-
                      pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya 
                      dipertemukan jodoh. 
                       Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar 
                       rumah. 

Ø 
Ayat 37     - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup 
                      semula. 

Ø 
Ayat 38     - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. 

Ø 
Ayat 39     - Mengisahkan ilmu falak. 

Ø 
Ayat 40     - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu. 

Ø 
Ayat  41    - Mengisahkan Nabi Noh a.s . naik kapal Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan. 

Ø 
Ayat 44     - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup. 

Ø 
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah  s.w.t. 

Ø 
Ayat 49     - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. 
               Ø Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba 
               Ø Tiupan ke-dua - Hancur 
               Ø Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar. 

Ø 
Ayat 50     - Setiap orang akan dihisab/kira mengikut amalannya. 

Ø 
Ayat 58     - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. 
                      Ulang sebanyak 3x. 

Ø 
Ayat 76     - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 

Ø 
Ayat 76     - Jika  hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah 
                      ayat ini.

Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang  dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang 
                        bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang 
                        padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang 
                        patah.

Ø Ayat 79     - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan           
                      Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." 

Ø 
Ayat 82     - Untuk Hajat - Jika  berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 
                      hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. 
                      Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x)berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa 
                      sahaja hajat. 

                            Wallahualam. 

                    1. Selepas sembahyang subuh 
                    2. 3 pagi Jumaat berturut-turut 
                    3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 
                    4. Ayat 38- 12x 
                    5. Ayat 58- 7x 
                    6. Ayat 82- 14x 

7. Habis, diulang  semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 

8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan  selepas hajat dibaca 
     semula Al-Fatihah. 

9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul. 

                            Wallahualam. 

   Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan: 

         Ø Yasin ialah jantung Al-Quran 
         Ø Mengetahui setiap makna ayat-ayat dlm Al-Quran 
         Ø Yasin memudahkan yang susah. Bacalah Yasin apabila: 

                     o Anak sakit 
                     o Didalam kesusahan 
                     o Memudahkan urusan 
                     o  Memudahkan perjalanan 
                     o Sebagai selusoh bilamana untuk melahirkan bayi 

                    
        Ø Baca Yasin (3x) dihadapan air 

       Ø Baca 3 QUL (3 setiap satu) 
                              
      Ø Baca Al-Fatihah 
       
      Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran  (10x) 
        
      Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya 
         sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan. 
 Ayat 9 -  "Waja'alna...." 
         
 Ø Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup  di tiap-tiap penjuru rumah.. 
          Ø Lindungi diri dari dianiaya 
          Ø Bagi  perlindungan diri dan rumah semasa tidur 


         
Ø Baca Ayat 9 
          Ø Al-Fatihah 
          Ø  Baca 3 QUL (3 setiap satu) dan baca Ayat Kursi 

 
Ayat 29 - "In kanat  illa...." 
          
Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak                
              menyenangkan kepada anda. 

Ayat 36 - "subhanallazi.." 
          Ø  Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi                                                  
               hari 
          Ø Ya Wadud (3x) 


 
Ayat 58 - "Salamun..." 
          Ø Jika sakit  anggota 
          Ø Tak tenang hati 
          Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat  sakit 

 
Ayat 76 - "Falayahzun.." 
         Ø Bila rasa sedih 
         Ø Untuk  menenangkan hati 
         Ø Gosok jantung sambil baca 

Ayat 78 - 79 "dari  Yuhyil Wahiya..." 
         Ø Tulang patah 
         Ø Sakit sendi 
         Ø Sakit  lutut 

Ayat 82 - "Innama amruhu.." 
         Ø Jika mandul 
         Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan 
                           
                         o Sembahyang tahjud 
                        o Sembahyang hajat 
                        o Doa minta hajat 
                        o Baca ayat 100 x dengan yakin 

                       o Amalkan 41 malam (untuk menyembuh penyakit dalam badan) 
                       o Seperti di atas 
                       o Bila baca ayat, tiup dalam air 
                       o Minum 1  cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain 
                       o Doa sambil minum   
                       o Untuk 41 pagi 

                            Wallahualam. 

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal 
            aa'maalu binniat.. dan ikhlas  melakukannya. 

                       Dalam YASSIN merangkum: 
                          Ø Ilmu Pertanian 
                          Ø Ilmu  Falak 
                          Ø Ilmu Laut 
                          Ø Ilmu Kiamat 
                          Ø Ilmu Ciptaan Manusia 
                          Ø Ilmu  Binatang 
                          Ø Ilmu Kenabian 

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak 
mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. 
terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit 
berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok,lusa 
kita akan menyusul jua. 

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU, MAK..





"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Pencipta semesta alam.
Selawat dan salam bagi makhluk Allah yang paling mulia, paling sempurna, paling agung; Nabi Muhammad SAW.. Bagindalah Nabi pilihan Allah yang menyeru kepada kebenaran dengan  benar, yang membawa petunjuk ke arah jalan Allah yang lurus. Selawat dan salam untuk Baginda, keluarganya dan juga untuk para sahabatnya. "

"Ya Khaliq, Ya Rahman, Ya Rahim... sesungguhnya hambaMu yang dhaif ini ingin memohon keampunan buat emak yang tercinta, kerana tanpanya aku mungkin tidak mampu untuk merafakkan kesyukuran kehadratMu Ya Azim... Andainya Engkau mengurniakan syahid terhadapku, maka aku hadiahkan pahalanya buat emak, dan kupohon agar Engkau sentiasa menaungi emak dengan Rahmat dan InayahMu... Panjangkanlah hayat emak  Ya Rahman, agar dia sentiasa memperingatkan aku untuk sentiasa sama-sama bersyukur dan beribadah kepadaMu, penuhilah hari-harinya yang mendatang dengan segala kasih sayang serta kebaikan yang ada, kerana tiada apa yang dapat aku berikan kepadanya selain doa ini, tidak terbalas aku akan  jasa emak walau aku hidup seribu tahun jika dibandingkan kasih sayang serta pengorbanannya melahir serta  membesarkan aku sedari tapak kakiku sebesar dua jari... Dan sesungguhnya, tiada satu perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa besarnya jasa emak terhadap aku selama ini, dan hanya padaMu Ya Allah aku serahkan segalanya, Ampunilah dosaku dan juga segala dosa emak, Rahmati serta kasihanilah dia sepertimana dia telah mengasihiku sedari kecil .... Amin "

''Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan berkata:  Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Kemudian siapa pula?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Dia bertanya lagi:  Kemudian siapa pula?  Nabi menjawab:  Ibumu.  Bertanya lagi beliau:  Kemudian siapa?  Nabi s.a.w berkata:  Bapamu...''               (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)



''Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)...''                                                                                  (Al-Israa', 23)



"Happy Mother's day, Mak...
Thank you for enriching my life in all the ways in the world..
Thank you...for without your unfailing love, sacrifice, devotion and guidance i will not be who i am today.  
I love you with open arms
I love you with open heart
I will love you in all my days, 
Thank you, Mak. 
May ALLAH cloak you with love and rahmah in all your days in life and the hereafter.
Amin"