"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Pencipta semesta alam.
Selawat dan salam bagi makhluk Allah yang paling mulia, paling sempurna, paling agung; Nabi Muhammad SAW.. Bagindalah Nabi pilihan Allah yang menyeru kepada kebenaran dengan benar, yang membawa petunjuk ke arah jalan Allah yang lurus. Selawat dan salam untuk Baginda, keluarganya dan juga untuk para sahabatnya. "
"Ya Khaliq, Ya Rahman, Ya Rahim... sesungguhnya hambaMu yang dhaif ini ingin memohon keampunan buat emak yang tercinta, kerana tanpanya aku mungkin tidak mampu untuk merafakkan kesyukuran kehadratMu Ya Azim... Andainya Engkau mengurniakan syahid terhadapku, maka aku hadiahkan pahalanya buat emak, dan kupohon agar Engkau sentiasa menaungi emak dengan Rahmat dan InayahMu... Panjangkanlah hayat emak Ya Rahman, agar dia sentiasa memperingatkan aku untuk sentiasa sama-sama bersyukur dan beribadah kepadaMu, penuhilah hari-harinya yang mendatang dengan segala kasih sayang serta kebaikan yang ada, kerana tiada apa yang dapat aku berikan kepadanya selain doa ini, tidak terbalas aku akan jasa emak walau aku hidup seribu tahun jika dibandingkan kasih sayang serta pengorbanannya melahir serta membesarkan aku sedari tapak kakiku sebesar dua jari... Dan sesungguhnya, tiada satu perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa besarnya jasa emak terhadap aku selama ini, dan hanya padaMu Ya Allah aku serahkan segalanya, Ampunilah dosaku dan juga segala dosa emak, Rahmati serta kasihanilah dia sepertimana dia telah mengasihiku sedari kecil .... Amin "
''Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Kemudian siapa pula? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa pula? Nabi menjawab: Ibumu. Bertanya lagi beliau: Kemudian siapa? Nabi s.a.w berkata: Bapamu...'' (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
''Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)...'' (Al-Israa', 23)
"Happy Mother's day, Mak...
Thank you for enriching my life in all the ways in the world..
Thank you...for without your unfailing love, sacrifice, devotion and guidance i will not be who i am today.
I love you with open arms
I love you with open heart
I will love you in all my days,
Thank you, Mak.
May ALLAH cloak you with love and rahmah in all your days in life and the hereafter.
Amin"
Amin"


No comments:
Post a Comment